Sunday, March 27, 2011

Kami Prihatin. Korang Prihatin Tak?


Sorry dah lama tak update blog. Broadband dah reach limit so dia sangat laju macam kura² sekarang. Ni pun i try jugak update. Tapi banyak gambar so tak sure lah boleh ke tak. Kalau korang tengah baca ni maknanya boleh la kan. HAHAH. Sebenarnya i kat rumah. Boleh la update dengan senang hati tapi wireless pun macam hidup segan mati tak mau je ni. Kejap ok kejap tak. Hish!! Tension kot. So, terpaksa pakai broadband.

Last week, hari Sabtu, 19 Mac, i dengan kawan² join larian amal Kempen Kami Prihatin. Nak tau apa itu Kempen Kami Prihatin? Kempen ni di tubuhkan bagi menyedarkan orang ramai tentang betapa seriusnya kes pembuangan bayi yang berleluasa sekarang ni. Kempen ini secara tak langsung bagi membanteras atau mencegah kegiatan² tak bermoral tersebut.

I dengan kawan² mula² datang sebab nak sijil je. Tapi bila dah tengok video dengar ceramah apa semua, rasa semangat pulak nak tolong mangsa² atau ibu² atau sesiapa yang berkenaan untuk bagi diorang sokongan moral supaya tak melakukan kegiatan buang² bayi ni. Kita sebagai masyarakat sepatutnya tak patut mencemuh atau memaki golongan² macam ni. Walaupun diorang dah buat silap, bukan hak kita untuk menghukum. Itu antara dia dengan Tuhan.

Sebagai masyarakat bertanggungjawab pulak, tugas kita untuk bagi nasihat atau sokongan moral supaya diorang tak terdorong untuk buang bayi diorang. Kesian dekat baby² tu semua. Dah la kena buang merata, kena gigit semut satu badan, kena hurung lalat, di makan anjing, Ya Allah, Tuhan je lah yang tau seksanya baby tu semua. Bukan ibu² diorang je yang bersalah, kadang² kita sebagai masyarakat pun salah jugak sebab mencemuh golongan² macam ni. Sebab itu lah antara faktor yang mendorong diorang buang bayi diorang.

Banyak pulak i ceramah kat sini. Hehee. Overall, program hari tu best sangat. Tak menyesal kitorang pergi. Pagi² sampai kena lari dulu. Jauh tak jauh jugak la. I dengan kawan² antara orang yang lambat sampai. HAHA. Orang tengah sibuk lari kitorang pulak sibuk tangkap gambar.



Ucapan Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Ucapan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Perasmian Program :)

Forum bersama Ustaz Akhil Hayy.

Artis undangan, Heliza dan Nubhan. Ada lagi sorang tapi dia takde masa ni. Adzrin Adzhar nama dia. Kelakar gila kot dia. Tengok nama i ingat lelaki rupanya perempuan. Hehe

Signing the banner :)


Makanan semua sodappp!

Bila kitorang dah takde kerja.

Okey lah. Itu saje yang dapat saya kongsi disini. Sebelum tu dengar lah lagu tema Kempen Kami Prihatin ni. Semua artis best² . Ok babai. Thanks for reading :)






Saturday, March 12, 2011

So Shut Up Boy!



I balik rumah lagi this week. Ada driving class kan. Hehee. Balik² je ajak Nabiyah karaoke. Dia memang laju je bab² karaoke ni. Bukan karaoke kat karaoke jamban tu. Ni karaoke kat laptop je. Yang i share dulu dekat sini.


Kalau tanya Nabiyah nak lagu apa, mesti dia pilih lagu ni. Favourite dia. I pun dah boring kot dengan lagu ni sebab dulu suka gila hari² nak dengar 10 kali lama² jadi boring dah. HAHAHA. I rakam Nabiyah nyanyi semalam. Lawak gila. Dah la taktau lirik main nyanyi ikut suka hati dia je.




Lepas tu i pun ter-menyibuk menyanyi sekali dekat last² tu. HAHAHA. Bilik bersepah gila balik² rumah. Haihh tension. Ok lah. Tu saje nak update. Jap lagi update lagi. Babai :)


Hai. Saya Nabiyah :)

Penyanyi asal. Berdarah hidung korang tengok. Bagi yang lelaki je la. HAHA





Sunday, March 6, 2011

Hujung minggu saya :)

Hujung minggu ni i ada dekat rumah je. Jumaat malam tengok I am Number Four dengan family, hari Sabtu ada driving class 4 jam straight, malam pulak ada birthday Auntie, hari Ahad duduk rumah je tidur sampai tengahari. HAHAHA. Jap lagi nak balik rumah sewa dah. :) Next week i kena balik lagi sebab ada driving class. I extend class sebab tak pandai turun bukit dengan tenang cikgu i cakap. Serious teruk gila. Yang lain semua senang je. Belajar bukit paling susah bagi i T-T


Sebelum tunggu masuk wayang lepak Popular dulu. Sebenarnya ni gambar nak rasmikan handphone baru adik i. HAHAHAH

Ni masa birthday Auntie. Banyak gilaaa juadah sedap². I macam biasalah. Kaki ulam.
Penuh satu pinggan.

Nabiyah yang dirindui. Dah la makin mengada mulut dah macam makcik².

Nabiyah dengan ibu :)

Nabiyah dengan Kak Wawa.

Muka jeles serius menggodek handphone baru adik.

Ok dah kenyang jom balik rumah :)

Babai korang. Thanks for reading this short update. Hihi :)


Thursday, March 3, 2011

Sampai bila² pun saya bangga menjadi pelajar UiTM :)



Hai korang! :) Hari tu kan i ada common test. Ada 4 test semuanya dan semua test tu buat dekat dewan baru siap UiTM. Hihii. Best sangat rasa macam kitorang je yang rasmikan. KAHKAHKAH perasann! Dulu masa still under construction, i selalu tertanya² bila lah dia nak siap kan. Macam tak sempat je i nak merasa dewan tu. Tapi rupa²nya sempat. Hihii. Alhamdulillah. So, nanti i dapat la konvo kat sana. :D


Lepas test hari tu, i dengan Ayin dah pasang niat nak tangkap gambar depan dewan. Gambar kurang baik. Harap maaf :)











Nama dewan ni Dewan Agung Tuanku Cancelor (DATC). Dewan ni sebenarnya untuk majlis konvokesyen. Hari tu ada buat tayangan Hantu Kak Limah Balik Rumah bersama dengan Naib Cancelor kitorang, Dato' Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Sporting kan dia tengok movie dengan kitorang. Tapi i tak pergi la. Rugi pulak rasa. Hehe. Kat gambar atas ni tak nampak sangat dewan tu. Nah tengok gambar lain supaya lebih jelas :)











pic courtesy; hakimfaridzul



Sebelum menutup tirai i nak kongsi sesuatu. I suka Dato' Sahol punya update status yang ni :)





Tak sabar pulak nak balik rumah esok. Bila ingat betul² rupanya dah tiga minggu tak balik. Patut la rasa kritikal semacam. HAHAHA. Esok malam nak tengok I am Number Four dengan family. Sebenarnya dah tengok dah. Tapi perasaan tengok dengan family kan berbeza. Hehee.

I my family so much! :)

Ok lah. Thanks for reading. Bye! :)

Wednesday, March 2, 2011

Lepas ni dah boleh nak update blog hari². YEAH!

Lega dah common test dah habis :) Minggu ni nak balik rumah sebab dah lama gilaaa tak balik. Rindu :( Bila dah habis test, rasa tenang sikit hati. Tapi test hari tu semua paper susah T-T Study bangun pagi² pukul lima tidak berbaloi rasanya. Haihh. Tu la. Time nak test baru nak study. Masa tak test tau main tido makan.


I dah ada Broadband Maxis Prepaid. Hihii. Gembira pulak rasa sebab takyah turun cc dah nak online. Boleh dah nak update blog hari². MUAHAHAHA. Dekat Pusat Komersial Seksyen 7 ni Broadband Maxis je lah ok. Yang lain semua hampeh. Line telefon pun teruk sangat macam duduk dalam gua.

Kawan baru ;)

Tadi i biar laptop on. Facebook pun on. Tiba² ada awek cantik eh bukan bukan, tiba² ibu saya yang cantik tu tegur dekat chat.


Hehehee. I love u lah ibu. Rindu pulak dekat semua orang dekat rumah dah dua minggu tak balik :(

Ok babai. Nak study esok ada Listening Test Korea. Malasnyeeeee baru nak enjoy² dah habis test T-T