Thursday, April 21, 2011

Sup Bebola Ala-ala Steamboat :)


Assalamualaikum semua :) Hari ni i nak ajar korang masak sup bebola ala² steamboat. Hahah. Bajet je nak ajar orang. Budak kecik pun pandai buat sup senang macam ni. Tapi takpe lah. Yang perempuan² sila abaikan sebab i tau korang memang hebat memasak dari i. Hihii malu pulak. I bukan pandai masak sangat. Basic² je boleh la. I ajar untuk orang² bujang je yang agak² malas nak masak rumit². :P

Semalam nenek i yang beria nak makan sup ni. Dah beli barang² terus lincah masuk dapur buat. Tup-tup dah siap. Memang bujang habis ah. Korang hanya perlu ada bahan² ni saje;

- Apa² jenis bebola yang korang suka. Sosej pun boleh.
- Kiub pati ikan bilis Knorr.
- Sawi seikat.

Okayy. First sekali korang panaskan air dalam periuk. Dalam 5/6 cawan. Masukkan kiub ikan bilis tu dalam 2 kiub atau secukup rasa korang. Agak² dah nak menggelegak tu, masukkan bebola semua. Kalau tak cukup masin, tambah garam secukup rasa. Bila rasa² dah masak tu, masukkan sawi. Jangan lama² sebab kalau terlampau masak pun nanti hilang khasiat dia. Heheh. Lepas tu tutuplah api dan siap! :) Senang kan macam masak maggi.

Tadaa! Ni lah rupanya.

Ni pulak kiub pati ikan bilis yang i maksudkan.

Yang i buat ni takde guna minyak tumis² bawang putih semua sebab nenek i tak boleh makan minyak. Kalau korang nak tumis bawang putih tumbuk lada hitam sekali pon boleyyyh. Okay la malas cakap lebih² i bukan terror pun masak² ni. Masih belajar lagi. Hahahah. Okay bye and thanks for reading. :)


Wednesday, April 20, 2011

Menonton RIO bersama classmates memang pengalaman yang berharga :)






Hai korang! Assalamualaikum :) I curik masa study ni okay sebab satu hari tak online so terasa nak update blog sekarang. Hari tu last day kelas, which means hari Jumaat, i dengan classmates nak spend time together sebab lepas ni 9 bulan kitorang akan tinggalkan UiTM. Lama lagi nak jumpa balik. Seriously memang lama gila. Mesti bila dah start belajar balik rasa awkward sikit. Hehe. Ye ke? Taktau.


Hari tu kitorang nk tengok cerita Rio and makan sama². Rio best sangat. Kelakar. Korang wajib pergi tengok dengan family bawak adik² semua. Hihi. I pun rasa nak tengok lagi sekali. Eh okayy. Back to the topic. Lepas kitorang tengok Rio, kitorang berpecah cari hadiah untuk tukar². Hadiah kos RM5. Guna lebihan duit kelas. Hehee. Nak cari hadiah pun lama ah kan sebab ingat senang ke nak cari? Kalau i, i cari je barang comel² tapi takut pulak nanti bila undi kena bagi dekat budak lelaki kesian diorang terpaksa buat muka comel redha je dapat hadiah macam tu. Jalan terbaik, i beli notebook. Hehee

Okaylahh. Tunjuk gambar sambil bercerita lagi syok kan? :)

Nampak tak popcorn siapa paling besar di situ? Ok dahh shhh!

Selepas tengok Rio.

Jalan² cari hadiah :)




Tukar-tukar hadiah :)

See what i got? :)

Dah tukar hadiah, makan pulak. :) Thanks to Ina and Ima sebab tambah duit kelas beli KFC . Heeheee

Ayam paling besarr. Ok jangan cakap apa-apa.

Nampak siapa pose paling gedik?

Banyak lagi gambar. Taknak bagi entry panjang sangat. So, sila scroll ye. :)



Jalan-jalan cari hadiah.






Undi nak bagi jadiah dekat siapa. Berapa kali undi ntah masa ni. HAHAH


Exchange gift. Paling best. Heheh.
Izuddin ko takde hadiah lagi best dari handwash eh? HAHAH






Bila lelaki dapat hadiah bunga. Ni la dia muka redha. Heheh.

Makan time :)


Ayam seketul dalam mulut.


Ima tolong bezakan makanan dengan keychain eh.

Orang dah bagi ayam dia nak makan bunga.

Kanak-kanak terlebih riang :)



Bersama ketua program :)



Kecik-kecik tak dapat main dah besar jadi macam ni.





That's all for now and thanks for reading. Bye! :)

Tuesday, April 19, 2011

Peperiksaan makin hampir, cuti makin dekat.


Hai sume orang! Saya dah officially habis semua kelas untuk semester ni. Yippieee! Semua orang dah habis last week i baru habis semalam sebab kelas Korea tercicir tak habis lagi. Oh yee. Baru teringat kerja CRG lagi belum siap kena hantar this week. T___T

Tapi dah boleh start study lah untuk final exam. Exam start hari Rabu next week. Tapi sedih sikit. Sebab nanti mesti rindu suasana belajar semula. Bulan 6 ni i start practical sampai bulan 11. Lepas tu pulak i start kelas bulan 3 tahun depan. Lama gila kan? Sekarang dah tukar sistem. Nak ikut negara luar katanya.

Seriously tak sabar nak start practical. Orang lain dok takut², aku pulak yang tak menyabar. Taktau lah kenapa. Nak merasa kerja office agaknya. Lepas tu nanti kena buat audit sampai malam buta baru rasa nak nangis kan? Padan muka.

Okay la. Tu saje for today. Next entry will be about my last day with the classmates. Kitorang tengok RIO. Serius best! Ok bye. Thanks for reading :)


Wish me luck pleaseee *sambil buat muka comel*


Saturday, April 9, 2011

Rombongan Cik Kiah dan Kawan² ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia :)

Dah cakap kan hari tu nak update pasal trip kitorang bebudak Fakulti Perakaunan, Part 6, pergi CCM/SSM. Okay. Update ni penuh gambar. Malas nak cerita panjang. Let the picture tells everything.


*ini nama dia scroll box, so, kena scroll ye :)*


Ok lah. Simple je update ni. Bye :)