Tuesday, May 31, 2011

Where's Your National Pride, ELFs?


Assalamualaikum. I nak sambung sikit pasal previous entry. As y'all know, i pun tak sebelah mana² pihak. Mila and Rody tak bersalah pun pada asalnya. Okay, to make things clear, first, Rody tweet pasal dia nak pergi toilet tapi kena tahan. And he cursed -not to our SUJU but to the organizer, orang bodoh je yang salah faham tweet tu tau nak bash je tanpa usul periksa. And Mila pulak, sebagai rakan artist, merasa benda yang sama - artis local di anaktirikan. Pun, kena bash jugak sebab orang tak faham pakai Twitter ingat dia yang tweet marah² tu padahal she just replied Rody's tweet. Get it? Pergi deactivate la account Twitter kalau tak reti guna. And the things got worst bila Mila mengadu dekat Azwan Ali, yang satu Malaysia pun tau mulut dia macam mana senang² nak menganjing kan orang. Dan perang mulut antara ELFs dan artis Malaysia pun berlanjutan.


To so-called ELFs out there, perlukah korang nak translate all the tweets, post it in an international forum, bashing our very own artist and let all people around the world read and expecting, they will congratulates you for being such an angel for protecting our SUJU? Is that what you want? Orang luar akan memperbodoh² kan kita balik for sure. Buat akaun FB anti Mila, anti Rody, puas ke hati korang? Where's your national pride? Orang luar akan ingat kita ni sangat sempit pemikiran, tersangat obses dengan sesuatu sampai sanggup ketepikan apa yang kita perlu jaga.

Macamana kalau SUJU sendiri tau pasal ni? Of course they will know sebab korang dah dengan baik hatinya tolong translatekan and post dekat sini. And mungkin sebab ni, takde dah SS4 and seterusnya untuk korang. Puas hati? SUJU pun mesti tak suka kan ELFs gaduh² macam ni sebab diorang. 'ELFs memang scary', nak orang branding kita macam tu? Korang nak ke orang bunuh diri sebab ELFs lagi? Come on guys. Don't act childish. This is not the way to protect our oppa. Mila dengan Rody dah minta maaf kan? Mila sampai tutup akaun Twitter sebab tak tahan dengan ELFs. Dan lagi satu, please stop all these things. Being an ELF is about having an EverLasting Friendship with other ELFs. Tapi kalau ELFs ramai perangai macam ni, i sedih :'(

Okay tu je nak cakap. Peace.

Nak baca thread yang buat i marah, baca sini.

Komen² yang korang kena baca supaya sedar diri.









fishiee ;)


Sunday, May 29, 2011

Super Junior-M @ Hari Belia Negara. Apa korang dok gaduh² ni?


Hai ELFs :) Best tak korang yang pergi Hari Belia semalam? Best tak mini concert SJM? I tak berapa menyesal la tak pergi sebab Donghae takde pun. Hihii. I duduk rumah je and dengan innocentnya berangan nak tengok Dream Concert live dekat KBSW rupanya dia takde live. 10 Jun nanti baru keluar kat KBSW. Last², tengok ulangan Maharajalawak dengan Aizat dekat AF semalam yang best gila *woot woot*

I dengar² cerita kepoh pasal artis Malaysia kutuk² Suju. ELFs pun hentam² artis² ni. Ishh. Ada yang mengamuk la, taknak respect local artist dah la, and macam² lagi. Artis² ni pulak makin angin and makin biadap pulak kata² yang digunakan. I baca tweet² korang, tweet² artis ni semua tapi i taknak berpihak pada sesiapa.

1st, kepada all the kpop-lovers out there. Chill lahh. I pun kpop-lover tapi still la kena support local artist. Kena la faham perasaan diorang jugak. Cuba imagine kalau kita ni artis, lepas tu ada event yang at the same time ada artis luar jugak yang perform. And pihak penganjur macam melebih²kan artis luar sampaikan kita sebagai artis dalam negara, nak pergi toilet pun kena jalan jauh² sebab toilet yang terdekat tu untuk artis luar. Okay, that's what i understood from the situation last night. Kalau i artis pun, i terasa la. And bila peminat² artis luar ni nak bash i dengan rude words and all lagi i sedih taktau macamana nak pertahankan diri sebab golongan mereka terlalu ramai.

I dah baca tweet artis tu yang cakap dia tak puas hati semua. Memang dia ada hak untuk rasa macam tu. Tweet tu pun memang kasar. Betul. I baca memang kasar. TAPI! Kita pun benda kecik kita curse orang apa semua. Semua manusia buat silap. So, jangan la nak bash artis² ni lagi. Diorang terasa sebab macam di anaktiri kan. Sebab tu la kot bahasa kurang enak terkeluar. I pun marah sebab sampai ada yang tweet kata nak kencing kat muka Suju? WTHeck. Memang biadap. Tapi, semua peminat² Suju, jangan cepat melenting ok. I tau semangat ELFs memang kuat nak sokong SUJU and marah sebab benda² ni. Just let them be. Kita akan rasa macam diorang jugak kalau kita dalam kasut diorang.

2nd, kepada artis, jangan la rude sangat. Jaga bahasa sebab korang kan artis. Rody Kristal, dia ni yang tweet tak puas hati tak dapat guna toilet kan? Okay. I baca tweet dia. Memang dia tak puas hati tapi dia takde sumpah seranah SUJU. Dia marah dengan pihak penganjur. Sebab peminat SUJU marah dengan tweet tu, semua jadi melarat. Benda kecil jadi besar. Nasihat untuk Rody, just ignore all the bashing. I rasa dia tak salah pun. Tweet dia di salah tafsir sampai jadi macam ni.


tweet dari Rody.

Untuk Mila pulak. Dia pun terasa benda yang sama macam Rody. Dia cuma reply apa yang Rody tweet lepas tu orang ingat dia yang tweet. Kena hentam jugak dengan ELFs. So, kepada Mila, bersabar and teruskan usaha untuk lebih maju. Yang i marah, dengan Azwan Ali and bandmate Kristal yang kata nak kencing dekat muka SUJU tu. Azwan Ali sebab dia mencarut² panggil ELFs anjing. Hamboiiii. Sedap mulut berbahasa. Awak tu artis la tolong professional sikit. Ni macam budak kecik je perangai. ELFs pun, berhenti la nak gaduh² dengan artis ni. Takde apa yang baik yang kita dapat. Maki² orang kita yang dapat dosa balik.



Twitter Mila.


Unhappy fans. It's not good to act like this. Please behave :)

Malas nak printscreen twitter Azwan Ali. Bahasa dia tak sesuai kat blog i. HAHA. I bukan la baik sangat nak nasihat orang ni semua. Cuma sedih sebab benda² macam ni pun boleh jadi. Okay laa. Malas la nak cakap banyak nanti blog i pulak yang kontroversi. Jangan gaduh². Tak best. kbyee. Peace y'all.


Saturday, May 28, 2011

Insidious. Korang dah tengok?


Assalamualaikum and Good Morning y'all :) Pejam celik pejam celik dah hari Sabtu. Makin nak dekat dengan alam pekerjaan. Fuhhh! InsyaAllah semua lancar. Budak² diploma UiTM dah start mendaftar. Budak² sekolah dah start cuti 2 minggu. Adik² yang bercuti tu pergi la tengok cerita Insidious. Best sangat tak tipu. Tapi SERAM! Hari tu i pergi tengok dengan siblings and cuzzys. Lawak gila. Yang sorang tu sampai terjerit OH MAK KAU!! (OMK) lagi sorang tutup muka dengan beg. Kalau bawak adik i si Joe tu memang bayar tiket free la sepanjang masa tutup muka je. Tengok trailer macam kureng sikit but trust me, it'll worth your RM6 kalau pergi tengok hari Rabu. Tapi cerita tu memang best la. I bagi 4/5 :)


Nabiyah ada dekat rumah Maktok sekarang. Untuk korang yang taktau, i memang tinggal rumah nenek i. Out of all my 12 siblings, i dengan abang tinggal rumah nenek. And kadang² adala jugak adik beradik lain datang tidur sini. Tapi rumah mak ayah i dekat je. Puchong area jugak. Semalam i pergi ambik Nabiyah datang rumah nenek. Alang² dia ada, i nak buat video lagi lah macam hari tu :)



Nabiyah & Adam :)

Sombong budak kecik ni. Tengok la muka dia pun.
Nasib baik comel.




Rupanya dah makin membiak rabbit kat rumah Ayahngah i. Rumah Ayahngah dekat rumah Maktok jugak. Satu tanah. Hehee. Yang last sekali tu paling comel. Mata dia macam pakai eyeliner. :)

Okay la. Thanks for reading. Bye! :)


Thursday, May 26, 2011

Day 13 - A fictional book

Assalamualaikum :)

Hari ni i nak sambung 30 Days Project yang dah lama tergendala. Last i tinggal hari tu ialah pada tarikh 21 Disember 2010. Nampak tak ke-loser-an disitu? Oh tak. Nampak tak ciri² Queen of Procrastination? Sekarang i nak berubah ni. Kadang² benci dengan perangai sendiri yang suka tangguh² kerja sampai akhirnya menyusahkan diri sendiri. I nak berubah. Dah la nak start kerja. Ececeyy. Sedap pulak dengar nak kerja. I nak start practical, so perangai² negative macam tu kena buang. I nak mendisiplinkan diri untuk kesenangan sendiri. So, setiap hari, or maybe kalau i takde idea, selang sehari i akan buat 30 Days Project ni sampai habis. And it is one of the way for giving myself a discipline challenge, okay? :)

Today will be about a fictional book. Dulu masa sekolah i confuse fiction dengan non-fiction tu apa. I ingat kalau fiction tu yang fact and non-fiction tu bukan fact. Nampak tak lurus bendul kat situ? Ye lah. Sebab ada perkataan 'non' so i macam confuse lah dulu. So adik², kalau nak lebih faham, dengan lagu terbaru BEAST okay? HAHAH. #merepek

Kat sini i pilih beberapa buku yang i betul² ada baca. I ni jenis susah nak start baca buku or novel. Sebab perangai suka tangguh² tu laa. I nak baca sangat, tapi tak baca². Korang faham tak betapa kritikalnya penyakit i? Tapi ada 2,3 jenis buku yang i ada betul² baca.


pic courtesy; Google

Novel² Ahadiat Akashah. Masa sekolah menengah i memang suka gila kot.
Bukan Pilot Cafe je. Banyak lagi tauu.


pic courtesy; Google

Kecik² dulu kakak i la yang kumpul buku ni. I tumpang baca je. Mula² Sweet Valley Jr, lepas tu Sweet Valley High etc. Dia ada peringkat² dia. Sesuai untuk semua peringkat umur.



Yang ni malas nak cerita panjang. I memang Conan-freak.
Sila rujuk Day 12 - What Tickles Your Fancy kalau nak tau.

Till then, bye and thanks for reading :)


This is just an opening. More will come.

Hai korang! :) Rasa awkward pulak taktau nak opening macam mana sebab dah lama tak update blog. I tengah cuti sem kalau korang nak tau. Dah nak dekat 3 minggu pun. Next week dah start practical. Phewww! Takut. Nervous. Risau. Dulu tak sabar sangat sekarang dah macam² pulak perasaan.

Exam was okay kecuali paper last sekali which is FAR450. Macam nak pecah kepala i dalam dewan hari tu. Balik je rasa pening gila kepala sampai 2,3 hari baru kembali normal. HAHAHA. Melampau lah kan. Tapi serius susah i rasa nak menangis puas². Risau sangat result nanti macam mana T___T

Okay lah. Tu je nak update setelah sekian lama memalaskan diri. This is just an opening and more will come next. Don't worry readers. *cakap sorang²*


Last day hari tu @ UiTM Shah Alam.
*bare face* don't expect any make up on me during exam.

Best buddy. Gonna misshhcchhuu :')

Till then, bye! :)