Saturday, August 4, 2012

Day 19 — A talent of yours & Chocolate Cake in a Mug recipe


Hai semua! Taz nak sambung 30 Days Project sebenarnya. Tapiii, tajuk kali ni agak susah la fikir nak tulis pasal apa. Taz tak tahu la talent apa yang Taz ada. So, can I just skip that and redirect you to my previous post pasal handmade card dan jahit beads tu? Haha. Tu je rasanya talent yang ada. Yang lain lain, entah la. Macam takde je. Atau tak perasan. Hihi. Okay malas dah nak cakap pasal ni. Sebenarnya nak cakap pasal semalam Taz buat Chocolate cake in a mug.

Idea nak buat sebab tengok ada resipi Brownies in a mug dalam blog kawan. Taz guna resipi tu tak jadi! Haih. Guna tepung gandum biasa je. Kawan kata tepung biasa, Taz pun guna je la. Tapi tak tahu kenapa tak jadi :( Last-last, suruh boyfriend ajar. Berguru kejap dalam 10 minit dekat BBM, lepas tu try guna resipi dia pulak. Baru laa jadi. Hahaha. Makan dengan ice cream. Sedap! Nak resipi tak? Hihi. Okay tengok bawah ni




Chocolate Cake in a Mug

2 sudu besar tepung naik sendiri
1 sudu besar serbuk koko
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula halus
1 sudu besar susu 

Cara dia senang je, kacau semua benda tu dalam mug sampai sebati. Haha. Betul ke guna ayat sebati kalau situasi camni? Takpe la. Yang penting kacau betul-betul takut dekat bahagian bawah sekali tak kena. Bila dah yakin semua dah bergaul sesama sendiri (LOL), boleh masuk mug dalam oven. Taz guna oven biasa je so lama sikit tunggu dalam 10-20 minit. Boyfriend cakap dia buat 3 minit je sebab guna microwave oven. Korang pandai-pandai la nanti. Hihi. Dah masak, letak la ice cream nak bagi sedap. Gambar atas tu hasil yang Taz buat semalam  :)

Okay bye! Thanks for reading 



4 comments:

Mr. Zack said...

suhu berapa darjah kak?

Online Food Safety Certification said...

A lot of people are really into making their cake in a mug which is very catchy! Love it.

Taz Jaafar said...

Zack: Aku buat 180

Mr. Zack said...

baik. terima kasih