Tuesday, August 7, 2012

Day 20 — A hobby of yours

Hai semua! Nak cakap pasal hobi ni. Tapi blur taktahu mana satu hobi Taz. Banyak sangat hobi. Hahaha. Hobi ni kadang-kadang berubah mengikut musim la jugak kan? Macam baca novel ke, tengok drama/series, memasak, gardening whatsoever. Kalau Taz, Taz ada banyakkk hobi. Online tu of course la. Hobi jugak kan? Blogging pun boleh kata hobi jugak walaupun malas nak update kadang-kadang. Haha! Taz suka baca komik. Novel kadang-kadang. Taz suka kumpul benda comel-comel. Taz suka tangkap gambar. Bukan gambar sendiri je gambar sekeliling pun. Macam kalau buat benda baru, tangkap gambar. Adik-adik buat aksi comel, tangkap gambar. A memorable event, wajib tangkap gambar. Few example of recently taken pictures;


Birthday Nabiyah. 2nd August 2012.

Birthday Khaidir. 5th August 2012



Semalam pergi Jalan TAR jumpa telekung comel jenama Princess untuk kanak-kanak. Beli untuk Nabiyah sebab dia dah banyak kali mintak telekung. Haha. Haritu dia ambik sejadah lepas tu bentang dekat bilik abang dia, dia cakap nak sembahyang. Lepas tu Taz cakap, "Mana ada orang sembahyang pakai seluar pendek?!" Dia cakap "Kite takde telekung :( " Hahaha comel. Tapi dah beli bukan guna pun. Dia buat galas beg telekung tu keliling rumah. Nak sembahyang pun tak reti lagi. Muka dekat gambar muka tension sebab dia baru bangun tidur.

Okay. Tu je la pasal hobi. Banyak lagi sebenarnya. Tapi cukup la setakat ni. Hihi. Thanks for reading. Bye! 


3 comments:

Dernier Jay said...

hahahah! giler comel nak solat pkai sua pendek. xD bgos la tu kecik2 da ade niat nak wat ibadah. hehe. arap2 sampai besar la mcm tu.

Syakir Razik said...

sejak bergelar penganggur ni.. rajin la plak ko update blog ni ye.. hahaha..

Taz Jaafar said...

Dernier: Ameen :)

Syakir: Hahaha. Aku tahu kau rindu nak baca aku punye blog sebab tu aku update. Kahkah