Wednesday, August 8, 2012

Day 21 — A recipe (Chocolate Chips Cookies - Famous Amos alike)


Hai semua! Jom sambung 30 Days Projects! Hihi. Kebetulan pulak entry seterusnya pasal resipi. Taz pun baru buat Chocolate Chip Cookies kat rumah ni haa. So, Taz nak share la jugak resipi ni. Dapat daripada blog Nurain Hasan dan jugak blog Yiying. Sama je resipi tapi Taz nak share jugak dekat sini sebab nak buat 30 Days Project ni. Haha! Okay tanpa membuang masa, jom kita tengok bahan-bahan dia

Bahan untuk dipukul;
 ♥  250g mentega (Taz guna Buttercup)
  150g gula kastor
  1/2 sudu kecil esen vanilla
  1 biji kuning telur

Bahan untuk diayak;
  280g tepung gandum
  2 sudu besar tepung jagung
  2 sudu besar susu tepung (Taz guna creamer sebab takde susu tepung)
  20g serbuk koko (Taz guna Van Houten Cocoa Powder)
  1/2 sudu kecil baking soda
  Secubit garam


  100g coklat cip (Taz letak lebih sikit untuk lebih sedap)


Cara-cara membuat;


1) First sekali Taz ayak bahan-bahan untuk diayak tu and then letak tepi dulu.
2) Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla sehingga kembang. Jangan terlalu kembang macam nak buat kek pulak okay. Agak-agak. Hehe. Lepas dah kembang, masukkan telur kuning dan pukul lagi hingga sebati.
3) Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dah di ayak tadi. Dan sebatikan dengan bahan yang dah dipukul tadi. Taz guna tangan je masa ni. 
4) Bila dah sebati adunan tu, masukkan pula coklat cip. Korang boleh letak banyak mana ikut citarasa korang. Nak campur badam pun okay :)
5) Dah siap adunan korang, sapukan loyang dengan planta (sapu nipis) sebelum korang letak adunan cookies yang nak dibakar tu. Then, letak adunan cookies tu ikut citarasa. Kecik-kecik boleh, besar tapak tangan korang pun boleh. Haha. Taz buat macam dalam gambar bawah. Panaskan oven 160°C. Then dah boleh bakar! Bakar dalam 15-20 minit :)

Okay macam tu sahaja. Satu adunan ni Taz dapat dalam 80-90 keping. Okaylah kan? Hihi. Kalau korang nak ganti dengan M&M pun boleh kot. Try la nanti. Tapi tukar nama la. Bukan Chocolate Chip Cookies tapi M&M Cookies :)




Okay itu sahaja untuk entry kali ini. Selamat mencuba and thanks for reading!  

1 comment:

Winnie Mastura said...

wahhhh sedappnyaaa :DDD