Wednesday, August 1, 2012

Untitled.

Hai semua orang! Sekarang pukul 2.05 petang dan saya baru bangun 2 jam yang lepas. Haha. Sebenarnya motif entry ni, memang takde motif. Saje nak mengarut sebab tengah boring. By the way, tadi bila baca balik entry semalam, rasa pelik sendiri sebab ber"saya-saya". Ececeyh. Hihi. Sebenarnya bila dah jarang sangat update blog ni, kita akan berfikir sejenak nak bahasakan diri apa. Dah lupa apa yang terbiasa kita bahasakan diri sebelum ni dalam blog ni. Kalau tengok entry lama, semua ada. I, Aku, Taz, Saya, ah semua lah. Sebab apa? Ikut mood. Hihi. 

Kalau dengan orang baru jumpa, selalunya cakap "kite-awak" atau "Taz-nama si pendengar" kalau dengan perempuan la. Kalau lelaki pulak "saya-awak" tapi lama-lama jadi "aku-kau". Tapi dengan lelaki ada jugak bahasakan diri "Taz". Tengok orang la jugak. Kalau dia bahasakan diri dia nama, so kite ikut je la. Dengan perempuan susah sikit nak "aku-kau". Taktahu la kenapa. Kalau kawan baik boleh la. Hihi. 

Okay, motifnya di sini nak cakap, jangan pelik la kalau macam-macam kata ganti diri ada dalam blog ni. Kahkahkah. Kan dah cakap enntry ni takde motif. Kemain rajin pulak kan dalam sehari update 2 entry. Jarang-jarang betul berlaku. Hahaha! Eh okay lah. Takde benda dah nak merepek. Oh lagi satu, shoutbox yang tempat chat tu memang dah tak boleh guna eh? Al-maklumlah dah lama tak jenguk-jenguk blog sendiri. Hihi. Bye semua. Thanks for reading 


No comments: