Friday, September 7, 2012

Aidilfitri 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua yang baca blog ni! *krik krik bunyi cengkerik* Haha. Raya tahun ni korang tema apa? Family Taz warna goldish green. Punya susah nak cari baju warna pilihan Ibu. Nasib baik Taz punya kain Ibu dah belikan. So senang la sikit. Material baju memang dah boleh buat baju bertunang atau nikah. Kemain sangat.

Tahun ni raya lain sikit sebab kitorang se-family beraya dekat Kelantan! Sebenarnya plan asal, raya ke-4 baru nak balik Kelantan sebab wedding saudara lepas tu melawat nenek saudara yang sakit. Tapi, dua hari sebelum raya, orang kampung call cakap nenek saudara macam dah teruk keadaan dia. So, Taz teman Maktok balik awal sikit naik flight. Family Taz, family Ayahchik dengan Ayahngah (Ayahngah sorang je sebab family dia yang lain beraya kat Melaka) balik masa raya pertama tu. So, pagi raya tak best sangat sebab diorang takde :'( Tapi malam raya pertama tu baruuuu diorang sampai. Sampai-sampai je, terus selera makan datang. Haha. Malam tu jugak bantai Rendang Padang dengan ketupat palas yang Ibu bawak. Makan ramai-ramai dengan diorang sebab diorang pun lapar. Masa tu baru rasa beraya :')


Kemain kan baju raya kite? Memula ingat nak mix and match pakai dengan pareo gold tu tapi tak jadi. Sebab, Taz kalau pakai pareo, memang tak lama. Asyik nak betul sana betul sini. Senget je memanjang. Pesen tak reti duduk diam. 


Pagi raya kedua baru nak tangkap gambar. Yang baju kemeja tu Ayahngah kitorang.
 Masa ni Ayah tengah makan laksa. Gambar dengan Ayah raya tahun ni takde :(


Dekat rumah Pakcik Bohari :)


Same place, with no boys.


Sesat pulak Hazwan, anak Ayahchik. Haha


Us girls, with our beautiful Ibu :')


Khaidir & Amin 


Semua anak dara kecuali Nabiyah.


 Ini masa raya pertama. Dekat rumah Ayahchik. Taz je kat Kelantan masa ni. Tengok bawah hujung kiri tu. Nampak tak Balqis yang comel? Hahahaha. Kemain nak pakai tudung jugak :)


Hihiiii. Ni masa raya ke berapa entah. Masa open house rumah Taz. Omey ngat Balqis. 

Raya tahun ni tak banyak beraya pun. Balik Puchong duduk rumah jeee. Selalu kalau kitorang raya, raya pertama dah merayap pergi rumah saudara mara sebelah Ayah. Semua area KL. Tahun ni tak pergi pun. Paling tak best raya tahun ni sebab tak dapat bergambar satu family. Sebab masa dekat Kelantan pun, abang Taz mana ikut balik. Sedih :(



Okay la. Itu je setakat ni. Nanti ada update raya lagi. (kot?) Hahaha. Bye. Thanks for reading 


1 comment:

h a p r a q said...

Cantiknya baju raya Taz...jeles tengok...apa2 gambar2 tu semua cantik...hehehe..orgnya pun cantik2 gak...