Thursday, September 27, 2012

Diet


Hello semua! Sebenarnya masa tengah type ni, Taz ada dekat office Uncle and seriously tengah boring. Taktahu nak buat apa. Online pun asyik buka benda sama je. Boring! Nak tweet-tweet pun takde mood. Semua sebab apa? Sebab pening kepala. Dari semalam. Well, in fact, sebenarnya dua hari lepas dah start pening tapi semalam yang terasa sangat. Taz rasa ni semua sebab diet kot. Hihi. Tak pasal-pasal nak salahkan diet. 

Untuk pengetahuan umum (ececeyh) Taz tengah try Atkins diet. Atkins diet ni diet low-carbs. Maknanya kita ambil carbs dengan kadar yang SANGAT SANGAT SANGAT sedikit. Ambil protein lebih. So, Taz tengah elak makan apa-apa berkaitan dengan nasi, tepung, kekacang, gula, mee, buah, dan semua la yang ada carbs. Susah faham tak? SUSAH! Nasi tak la susah sangat. Tapi kalau dah itu tak boleh ini tak boleh, rasa macam puasa je. 

Atkins diet ni berkesan sebab bila kita tak ambil carbs, and badan kita detect yang kandungan carbs sangat sikit dalam badan, dia akan tukar daripada bakar carb untuk tenaga kepada bakar lemak untuk tenaga. Faham tak? Okay camni. Bila dah sikit carbs, nak bakar apa kan untuk tenaga? So, dia bakar la lemak. Proses pertukaran tu la yang dinamakan ketosis. Kalau diet low-calorie, diorang kata lambat effect dia sebab lemak tak terbakar pun. Asyik bakar carbs je. Haa faham tak? Kalau nak lebih faham pergi baca blog adik sifu Atkin ni. Taz dapat info semua kat situ. Tak pun pergi website Atkins sendiri (cari sendiri wakaka). 

Berbalik pada cerita ketosis tadi, Taz rasa punca pening ni mesti sebab ketosis dah terjadi dalam badan. Sebab Taz ada google, bila ketosis ni terjadi, akan rasa pening pening. Kalau pening sikit sikit takpe woi. Ni nak masuk tiga hari dah. Lepas tu sakit tekak pulak tu. Lepas tu rasa macam nak demam tapi badan tak panas. Lepas tu tetiba rasa goosebumps tak pasal-pasal. Petanda apakah itu?

Nak diet Atkins ni sebenarnya senang bagi setengah orang tapi susah bagi Taz. Sebab muak la makan telur, sosej, ayam. Peminat tegar ayam ni pun boleh rasa nak muntah. Carbs yang boleh ambil dalam sehari pun limit 20g je. Takpe Taz. Sabar. Sekejap je. Nak turun 5-6 kg je pun. Kebanyakan orang yang strict buat Atkins ni, 2 minggu dah turun 6 kg. Hihi. 


Antara menu Atkins yang Taz buat sendiri. Atas tu, carbs dia dalam 9g. Tapi untuk dua hari punya makan tu. Dinner semalam dengan lunch harini. Pepagi bangun panaskan. Kemain sekarang sejak Atkins ni bangun awal siapkan sarapan dengan lunch terus. Yang bawah tu pulak dinner Taz untuk 1st day Atkins haritu. Carbs ada dalam lebih kurang 4g.

Okay la. Tu je nak cerita. Nak update pasal raya lagi sebenarnya tapi dah lama mintak gambar kat kawan tapi tak dapat-dapat. Raya pun dah lepas lama dah :( Okbai. Thanks for reading 






2 comments:

tira azhar said...

kalau terlebih ketosis tak elok jugak. sebab nanti badan produce too much acids - boleh jadi acidosis. hee.

Taz Jaafar said...

Tira; Yup. Taz pun lupa nak cakap yang Atkins ni tak sesuai untuk long term. Buat sampai capai target and slowly take carbs after that.