Wednesday, October 10, 2012

Mabul Island Trip - Part 1 (Semporna)


Amaran! Entry ini menggunakan scroll box. Sila scroll kalau nak tahu berita sepenuhnya.

Assalamualaikum.

So far, apa perkara best korang dah buat tahun 2012 ni? Kalau Taz, of course la paling best masa pergi Pulau Mabul bulan Februari haritu. Haha. Trip paling best kot in my whole life (so far). Biasa la budak tak pernah pergi oversea camni la hahaha. Pulau Mabul ni adalah pulau kedua Taz pergi lepas Pulau Besar tahun lepas. Pulau Mabul LAGI BEST you don't need to argue more! *peace*

Taz pergi dengan kakak and her friends. Kakak Taz memang suka travel sana sini. So, yang trip kali ni Taz menyibuk la sebab dia ajak kan. Tempah tiket kemain awal. Tak silap Taz bulan Julai tahun lepas dia tempah so dapat la murah and senang nak plan awal-awal get ready apa patut mintak cuti kumpul duit semua. Muehehe. Taz masa pergi ni kerja dekat office Ayahchik sebab baru habis praktikal lepas tu nak tunggu sem baru bukak lama lagi so senang je la nak mintak cuti.

Untuk pergi Pulau Mabul, kita kena naik flight ke Tawau, Sabah. Lepas tu ambik transport apa-apa untuk pergi Semporna lepas tu naik bot pergi Pulau Mabul. That's it. Macam tu je. Kitorang book package dengan Scuba Jeff, 4 hari 3 malam u'olls. Puas hati sangat-sangat sebab pergi lama. Yela tempat yang jarang-jarang kita pergi baik pergi lama terus kan baru la puas hati. Haha. So, daripada lapangan terbang Tawau tu, staff Scuba Jeff yang jemput kitorang bawak pergi Semporna. We decided to stay one night in Semporna first before off to Mabul with boat the next sunrise. 


Muka teruja tak sabar nak sampai. Ini dalam flight. Kami memilih perkhidmatan Air Asia dengan slogan Now Everyone Can Fly. Mihihih. Pukul 7 pagi kot masa ni. Sempat layan Secret Circle satu episod dekat laptop kakak. Sempat.


Hello Tawau. Nice to see you!


Dalam van Scuba Jeff. Jauh betul perjalanan nak ke Semporna. Rasanya kalau tak silap ada la dalam satu jam. Abaikan pipi tembam tu.
L-R: Nur (kakak), Taz, Kak Kay


Para penumpang kerusi hadapan.
L-R: Kak Fateem, Kak Ecah


Hello Semporna! Datang Semporna ni rasa macam datang oversea feeling dia. Tak tahu la kenapa.


Bot-bot yang membawa penumpang ke pulau-pulau berdekatan. These boats are for VIPs or orang kaya sikit la that's why dia ada atap. Bot kitorang mana ada atap.

Bermalam dekat Semporna, kitorang pilih Dragon Inn Floating Resort yang cantik gila dan Taz sangat teruja dengan konsep atas air dia tu. Hekhek.





CANTIK KAN??? Taz memang suka sangat tempat-tempat macam ni. Seriously okay. Design dia sangat cantik. Kitorang ambik dua bilik since kitorang berlima.










Ikan ni kitorang tak tahu ikan apa tapi macam dolphin kecik pun ada jugak. Kitorang bagi diorang makan keropok. Muahaha


Welcome to our crib!


 Dah siap letak barang apa semua, kitorang mulakan ekspedisi meronda bandar Semporna nak cari makan. Baju still sama, shawl je tukar kalau korang perasan. Hekeleh tu pun nak bagitahu.










Pasar!


Kitorang jalan tanpa arah tuju tahu-tahu sampai kat kawasan perumahan ke apa entah ni. Kotor :(


Cari angle yang tak nampak banyak sampah. Sempat lagi.


NAMPAK TAK BIAWAK TU??? BETUL-BETUL DEPAN MATA KITORANG! 


Orang kat sana cakap, biawak kat sana kira macam anjing la kat sini. Ada di mana-mana.


Akhirnya dah capai keputusan nak makan dekat mana. Dah lalu berapa kali dah sebenarnya kedai ni tapi last-last makan sini jugak. Banyak sangat kedai taktahu nak pilih mana. Apa entah nama kedai dia tapi sedap jugak. Harga pun affordable. Sorry gambar makanan takde. Gambar kami je ada. Meow :3


Dah kenyang, balik ke tempat penginapan. Kat situ ada kedai souvenir. Saje la tengok-tengok barang. Taz pergi masa ni bawak duit cukup-cukup so takde beli apa pun untuk keluarga dan kawan-kawan. Janji dengan diri sendiri kalau datang lagi, mesti beli. MESTI DATANG LAGI.


Kawan Taz mintak t-shirt. Taz snap gambar ni hantar kat BBM jek. Wakakak :p


Taz beli straw hat yang Taz pakai tu sebab terpikat dengan warna dia. Harga dalam RM17 rasanya. Ceh untuk diri sendiri ada pulak -___-



  

 Malam pun kitorang merayau cari makan. Tapi kedai kitorang pergi ni tak sedap! Lain kali datang taknak makan sini dah.


Lupa nak bagitahu! Masa dekat Dragon Inn tu, kitorang jumpa kawan kakak Taz lagi sorang. Dia memang dah gerak awal sebab dia pergi pulau lain dulu. Tu dia Kak Fahan yang di tengah tu. Best gila jadi dia. Jalan-jalan sensorang travel pergi pulau sana-sini. Nak jugak :(


Kitorang tengah mengidam memasing nak ketam. Tapi kedai ni masak ketam tak sedap sangat. Tapi last-last habis jugak. Muahahah


 Okay sekian sahaja bahagian satu. Ada lagi bakal menyusul. Sabar okay. Taz pun tak sabar nak update pasal Pulau Mabul pulak. Nak buat satu entry je macam banyak sangat la pulak. Hihi. Okay. Thanks for reading!


8 comments:

morriss said...

total cost dalam brp seorang eaa?

Taz Jaafar said...

Sebab dapat tiket flight murah, so total dalam 800-900 jugak la tak termasuk shopping.

SURIA AMANDA said...

suka tgok taz dlm gambar ni tapi kan..akak mcm selalu nampak taz ni cuma entah la x ingat kat mana...follow sini tau...hehehehe

Khalilah MNor said...

Bestnyer gi pulau lagi... Taz, sy setiap kali gi pulau, sun block kt sbotol habis stp kali pergi. Boleh rentung. Hehe sebotol abis sbb pakai habis satu badan. *over sungguh* :)

Abbs© - tiewnama© said...

duk kat somporna sabah ye? suka kota kinabalu.

khadijah said...

wow bestnye taz jalan2.. lame dah tak holiday :)

A.I.Z.A.T said...

Salam singgah

Uyoo..syok nye dapat travel camtu.. btw - gambo masa travel tu pun lawa-lawa..hehe..

http://aizatbest.blogspot.com/

Syakir Razik said...

okay.. ini aku jeles.. mmg aku nk sgt pergi pulau2 di sabah.. cantik2 org ckp..