Wednesday, August 8, 2012

Day 21 — A recipe (Chocolate Chips Cookies - Famous Amos alike)


Hai semua! Jom sambung 30 Days Projects! Hihi. Kebetulan pulak entry seterusnya pasal resipi. Taz pun baru buat Chocolate Chip Cookies kat rumah ni haa. So, Taz nak share la jugak resipi ni. Dapat daripada blog Nurain Hasan dan jugak blog Yiying. Sama je resipi tapi Taz nak share jugak dekat sini sebab nak buat 30 Days Project ni. Haha! Okay tanpa membuang masa, jom kita tengok bahan-bahan dia

Bahan untuk dipukul;
 ♥  250g mentega (Taz guna Buttercup)
  150g gula kastor
  1/2 sudu kecil esen vanilla
  1 biji kuning telur

Bahan untuk diayak;
  280g tepung gandum
  2 sudu besar tepung jagung
  2 sudu besar susu tepung (Taz guna creamer sebab takde susu tepung)
  20g serbuk koko (Taz guna Van Houten Cocoa Powder)
  1/2 sudu kecil baking soda
  Secubit garam


  100g coklat cip (Taz letak lebih sikit untuk lebih sedap)


Cara-cara membuat;


1) First sekali Taz ayak bahan-bahan untuk diayak tu and then letak tepi dulu.
2) Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla sehingga kembang. Jangan terlalu kembang macam nak buat kek pulak okay. Agak-agak. Hehe. Lepas dah kembang, masukkan telur kuning dan pukul lagi hingga sebati.
3) Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dah di ayak tadi. Dan sebatikan dengan bahan yang dah dipukul tadi. Taz guna tangan je masa ni. 
4) Bila dah sebati adunan tu, masukkan pula coklat cip. Korang boleh letak banyak mana ikut citarasa korang. Nak campur badam pun okay :)
5) Dah siap adunan korang, sapukan loyang dengan planta (sapu nipis) sebelum korang letak adunan cookies yang nak dibakar tu. Then, letak adunan cookies tu ikut citarasa. Kecik-kecik boleh, besar tapak tangan korang pun boleh. Haha. Taz buat macam dalam gambar bawah. Panaskan oven 160°C. Then dah boleh bakar! Bakar dalam 15-20 minit :)

Okay macam tu sahaja. Satu adunan ni Taz dapat dalam 80-90 keping. Okaylah kan? Hihi. Kalau korang nak ganti dengan M&M pun boleh kot. Try la nanti. Tapi tukar nama la. Bukan Chocolate Chip Cookies tapi M&M Cookies :)




Okay itu sahaja untuk entry kali ini. Selamat mencuba and thanks for reading!  

Tuesday, August 7, 2012

Day 20 — A hobby of yours

Hai semua! Nak cakap pasal hobi ni. Tapi blur taktahu mana satu hobi Taz. Banyak sangat hobi. Hahaha. Hobi ni kadang-kadang berubah mengikut musim la jugak kan? Macam baca novel ke, tengok drama/series, memasak, gardening whatsoever. Kalau Taz, Taz ada banyakkk hobi. Online tu of course la. Hobi jugak kan? Blogging pun boleh kata hobi jugak walaupun malas nak update kadang-kadang. Haha! Taz suka baca komik. Novel kadang-kadang. Taz suka kumpul benda comel-comel. Taz suka tangkap gambar. Bukan gambar sendiri je gambar sekeliling pun. Macam kalau buat benda baru, tangkap gambar. Adik-adik buat aksi comel, tangkap gambar. A memorable event, wajib tangkap gambar. Few example of recently taken pictures;


Birthday Nabiyah. 2nd August 2012.

Birthday Khaidir. 5th August 2012



Semalam pergi Jalan TAR jumpa telekung comel jenama Princess untuk kanak-kanak. Beli untuk Nabiyah sebab dia dah banyak kali mintak telekung. Haha. Haritu dia ambik sejadah lepas tu bentang dekat bilik abang dia, dia cakap nak sembahyang. Lepas tu Taz cakap, "Mana ada orang sembahyang pakai seluar pendek?!" Dia cakap "Kite takde telekung :( " Hahaha comel. Tapi dah beli bukan guna pun. Dia buat galas beg telekung tu keliling rumah. Nak sembahyang pun tak reti lagi. Muka dekat gambar muka tension sebab dia baru bangun tidur.

Okay. Tu je la pasal hobi. Banyak lagi sebenarnya. Tapi cukup la setakat ni. Hihi. Thanks for reading. Bye! 


Saturday, August 4, 2012

Day 19 — A talent of yours & Chocolate Cake in a Mug recipe


Hai semua! Taz nak sambung 30 Days Project sebenarnya. Tapiii, tajuk kali ni agak susah la fikir nak tulis pasal apa. Taz tak tahu la talent apa yang Taz ada. So, can I just skip that and redirect you to my previous post pasal handmade card dan jahit beads tu? Haha. Tu je rasanya talent yang ada. Yang lain lain, entah la. Macam takde je. Atau tak perasan. Hihi. Okay malas dah nak cakap pasal ni. Sebenarnya nak cakap pasal semalam Taz buat Chocolate cake in a mug.

Idea nak buat sebab tengok ada resipi Brownies in a mug dalam blog kawan. Taz guna resipi tu tak jadi! Haih. Guna tepung gandum biasa je. Kawan kata tepung biasa, Taz pun guna je la. Tapi tak tahu kenapa tak jadi :( Last-last, suruh boyfriend ajar. Berguru kejap dalam 10 minit dekat BBM, lepas tu try guna resipi dia pulak. Baru laa jadi. Hahaha. Makan dengan ice cream. Sedap! Nak resipi tak? Hihi. Okay tengok bawah ni




Chocolate Cake in a Mug

2 sudu besar tepung naik sendiri
1 sudu besar serbuk koko
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula halus
1 sudu besar susu 

Cara dia senang je, kacau semua benda tu dalam mug sampai sebati. Haha. Betul ke guna ayat sebati kalau situasi camni? Takpe la. Yang penting kacau betul-betul takut dekat bahagian bawah sekali tak kena. Bila dah yakin semua dah bergaul sesama sendiri (LOL), boleh masuk mug dalam oven. Taz guna oven biasa je so lama sikit tunggu dalam 10-20 minit. Boyfriend cakap dia buat 3 minit je sebab guna microwave oven. Korang pandai-pandai la nanti. Hihi. Dah masak, letak la ice cream nak bagi sedap. Gambar atas tu hasil yang Taz buat semalam  :)

Okay bye! Thanks for reading 



Result.


Hai semua! Seperti biasa, tengah-tengah malam baru nak update blog. Mata tak mengantuk. Lepas dah update ni kena paksa mata untuk tidur. Thought that my sleeping routine will get back to normal after the final exam. Tapi diri sendiri yang tak disiplinkan diri, jangan salahkan orang lain. Haha. Oh by the way, result final exam dah keluar semalam. Not happy with the result. The worst ever for all the 5 semesters. Pointer pun jatuh. But I'm grateful enough that I passed all the subjects and can attend the convocation with all my friends! Everyone seems to experienced the same thing like me as I can see them tweeting, updating their results saying that this semester is the worst. Who said that last semester could help us in increasing our pointer? False hope.

Apa-apa pun result, saya percaya, rezeki berada dimana-mana. Jadi kawan-kawan yang gagal, jangan bersedih. Orang yang berjaya pun pernah gagal. Yang tak capai target macam saya ni, teruskan perjuangan. Rezeki Tuhan sangat luas. Jangan mudah putus asa. Amboii. Kemain bagi kata-kata motivasi. Okay, mata dah rasa mengantuk. Till then, good night!



Despite the worst result of all semesters, I had lots of fun this semester and I can say that  it is the best semester because I have them, my classmates, around. 8 Diplomat is the best! 
(Sebenarnya 8D je, saje bagi nama Diplomat. LEULZ)

Bye! ♥

Friday, August 3, 2012

(WARNING! : Cuteness Overload) Day 18 — Whatever tickles your fancy


Hello earthlings! Saya nak sambung 30 days project. And this time is about whatever that tickles my fancy. And due to my longggg hiatus, this blog has been a little left out about the recent stories happened all around me. Not a little, I think tooooo many stories. Haha! Hai korang, say hello to Auntie Taz! Hihi. Yes. Saya dah jadi makcik. Abang saya yang dah berkahwin tu dah ada seorang anak yang sangat sangat comel dan menjadi buah hati kami semua :) 

Nama si comel itu ialah Ameera Balqis binti Muhammad Hafiz. Saya panggil dia Balqis. Ummi dia panggil dia Ameera. Haha. Suka hati je saya nak panggil dan suruh orang lain panggil Balqis jugak. Sebab Balqis lagi best dari Ameera saya rasa. Hehe. Jom tengok gambar si comel Balqis kesayangan kami sekeluarga :)


 Dia suka sangat main kaki dia!


Balqis with her dad, my eldest brother. Look at their similar chin :)


Comel kan comel kan???? Geram sangat setiap kali tengok Balqis, tak boleh nak buat taktahu je. Mesti nak pegang, nak dukung, squeeze her cheeks and all! Petang semalam Ummi dia suap dia bubur nasi. Having her first ever solid food and she got all excited. Tengok la video bawah ni. Excited kemain tak reti duduk diam! Haha

video

Okay itu sahaja buat masa ini. Thanks for reading! Good Night 

Thursday, August 2, 2012

Ethics of Sleeping


Hi everyone. It's already late at night and I'm about to hit the pillow but before that, I want to share some cute doodles shared by my classmate through our class' official Whatsapp group. Hihi. It's about the Ethic of Sleeping. The only thing I care to do before my everyday sleep is to wish good night to loved ones, set the alarm, and get my hugging pillow and blanket just right to get me comfortable throughout the night. Well then, let's look at the doodles and make it a practice to get a more better sleep :)



 And don't fart during your sleep or else the wuduq will batal. Okay joking.

 *actually i do this whenever i go to bed*

 Never heard about blowing it into our hands and wipe over our face and body.
Gonna do it after this and make it a habit :)

I sleep like this! Sometimes. Hihi

Okay guys, thanks for reading and Good Night 

Wednesday, August 1, 2012

Untitled.

Hai semua orang! Sekarang pukul 2.05 petang dan saya baru bangun 2 jam yang lepas. Haha. Sebenarnya motif entry ni, memang takde motif. Saje nak mengarut sebab tengah boring. By the way, tadi bila baca balik entry semalam, rasa pelik sendiri sebab ber"saya-saya". Ececeyh. Hihi. Sebenarnya bila dah jarang sangat update blog ni, kita akan berfikir sejenak nak bahasakan diri apa. Dah lupa apa yang terbiasa kita bahasakan diri sebelum ni dalam blog ni. Kalau tengok entry lama, semua ada. I, Aku, Taz, Saya, ah semua lah. Sebab apa? Ikut mood. Hihi. 

Kalau dengan orang baru jumpa, selalunya cakap "kite-awak" atau "Taz-nama si pendengar" kalau dengan perempuan la. Kalau lelaki pulak "saya-awak" tapi lama-lama jadi "aku-kau". Tapi dengan lelaki ada jugak bahasakan diri "Taz". Tengok orang la jugak. Kalau dia bahasakan diri dia nama, so kite ikut je la. Dengan perempuan susah sikit nak "aku-kau". Taktahu la kenapa. Kalau kawan baik boleh la. Hihi. 

Okay, motifnya di sini nak cakap, jangan pelik la kalau macam-macam kata ganti diri ada dalam blog ni. Kahkahkah. Kan dah cakap enntry ni takde motif. Kemain rajin pulak kan dalam sehari update 2 entry. Jarang-jarang betul berlaku. Hahaha! Eh okay lah. Takde benda dah nak merepek. Oh lagi satu, shoutbox yang tempat chat tu memang dah tak boleh guna eh? Al-maklumlah dah lama tak jenguk-jenguk blog sendiri. Hihi. Bye semua. Thanks for reading 


Day 17 — An art piece (painting, drawing, sculpture, etc.)


Assalamualaikum! Hello semua! Hihii. Bertemu kembali selepas lapan bulan :p Sebenarnya Taz nak update blog tapi asyik takde idea je. Fikir punya fikir, apa kata kita buat 30 Days Project yang tergendala tu. (dibaca : 3 Years Project) Hahahah! You know why lah kan? Dah lama nak siapkan tapi asyik tangguh-tangguh. Yeah. That's my bad habit. I'm a BIG TIME procrastinator. Talk about an art piece, I'm not born with a gifted hand to be creative, but i like handicraft! 

Okay Taz tunjuk gambar je lah. Malas nak cerita banyak. Firstly, Taz nak tunjuk hasil jahit beads dekat baju kurung. Ini masa raya 2 tahun lepas. Saje teringin nak jahit beads dekat baju sendiri. So, Taz pergi jalan-jalan dekat Plaza Alam Sentral cari baju kurung yang plain. Dah jumpa, cari beads dekat SSF pula. Dan kerja menjahit pun bermula. 





Dan kerja tangan seterusnya adalah handmade greeting cards! Heehee. Yang ni Taz pernah jual dulu. Bosan-bosan takde kerja, ambil tempahan buat kad. And below are some of the cards that I have made. 









 














Okay. Itu sahaja buat masa ini rasanya. Sehingga bertemu kembali. Thanks for reading