Sunday, December 30, 2012

Kehidupan Baru.


Amboii. Kemain tajuk dia. Macam nak update post pasal kehidupan baru lepas kahwin pulak. Hihi. Sebenarnya takde la kehidupan baru mana pun. Saje buat gempak. Dah lama tak update blog so otak rasa macam numb sikit. Taktahu nak bagi tajuk apa, taktahu nak start macam mana. Okay sebelum merepek yang bukan-bukan, Taz nak bagitahu yang Taz dah kerja. I mean, bukan kerja biasa-biasa, kerja sambilan ke apa ke. Ni kerja betul-betul. Tapi takde la rasa teruja sangat. Maybe dah dapat first payment kang baru rasa lain kot. Sebab sebelum ni kerja dengan uncle, tolong-tolong dia je. Gaji pun biasa-biasa je la kan. Hehe. Lepas tu masa praktikal pun dapat elaun tak banyak pun. Haaa. Masa ni la kot baru rasa nak pegang duit gaji sebenar.

Sebenarnya fikir pasal gaji tak rasa excited pun. Rasa risau ada la. Nak fikir bayar itu, bayar ini. Masa ni la baru terasa macam mana susah orang dah kerja, berdikari semua sendiri kan? Terasa dewasa. Ibu pulak siap tanya, tiap-tiap bulan kang boleh simpan sikit tak untuk kahwin? Amboii. Hahahaha. Tersengih terus masa tu. Tak sabar agaknya nak suruh anak dia ni kahwin. Kemain. 


 Haaa time tengah type ni tetiba baru teringat tak update pasal konvo lagi tetiba dah update pasal kerja. Next entry la pasal konvo pulak. Banyaknya woi nak update ni. Pasal bestfriend kahwin, pasal konvo, pasal konsert Bigbang, pasal Mabul haritu. Blerghhh. Okay la. Takat ni dulu. Nanti sambung lagi di lain hari. Oh btw, bawah ni gambar random. Awkward pulak post takde gambar. Kehkehkeh



Masa nak tengok The Hobbit haritu. Best gila! Sekarang baru terhegeh-hegeh nak tengok LOTR pasal belum tengok lagi -______-


Budak dua orang kena suruh buat camni oleh kakak diorang. Kahkahkah


Paling comel :')

Okay thank you. Bye. Muah!