Friday, November 14, 2014

#SayaJual Kek Coklat Moist Mini Size Sesuai Untuk Doorgift Pelbagai Majlis

Assalamualaikum :)

Hi korang! Taz nak bagitahu yang Taz sekarang ada jual kek coklat size kecik yang macam korang selalu nampak kat Petronas or Shell tu. Sesuai untuk dijadikan sebagai doorgift kalau ada majlis macam bertunang, wedding, aqiqah, doa selamat, harijadi dan lain-lain. Taz jual dalam kuantiti yang banyak tapi kalau nak beli satu pun boleh je tapi kena datang Kota Damansara la hihi.

Kat bawah ni adalah senarai harga kalau nak beli borong;

Kek Coklat 

Size S (bekas dadih bulat) : 
1-100 (RM1.50)
101-1000 (RM1.30)
1000 keatas (RM1.00)

Size M (square 11x11x5) : 
1-50 (RM3.00)
51-500 (RM2.50)
500 keatas (RM2.00)


Size S. 


Size M.



Masa Taz bertunang haritu pun Taz bagi doorgift yang size dadih punya. Taz ada buat pakej sekali dengan paperbag kalau nak mudahkan korang yang nak bertunang or kahwin. Tak payah susah2 fikir packaging untuk doorgift dah. 


Contoh doorgift yang Taz boleh sediakan. Sekarang ni kan senang kalau pakai paper bag and doily paper. Nampak sweet je :) Ni doorgift masa Taz bertunang haritu


Ameera pun nak menyibuk. Nasib baik comel.

Siapa-siapa berminat boleh la Whatsap or SMS nombor ni : 013-3021908 (Taz)

Jangan lupa bagitahu sedara mara, kawan-kawan or orang terdekat yang nak buat majlis tu. Hihi. Thanks for reading. Bye!




Friday, November 7, 2014

One step closer :)

Assalamulaikum! :)

Kemain sopan lagi bagi salam. Hehe.Hai korangg! Disebabkan hari ni free sikit, maka Taz nak update blog sikit pasal engagement Taz. Ahahaha. Malu lak rasa. Okayyy memula nak bagitahu yang pada tarikh 11/10/14 haritu Taz dah jadi tunangan kepada seorang Waie Faiz (skema mampus ayat). Tak reti la nak buat ayat pasal benda2 camni. Haha! Okay2 back to the story. Sebenarnya tarikh tu birthday tunang Taz jugak. Hihi. Tak reti nak cerita so kita tunjuk gambar sambil bercerita la baru senang sikit carik idea.


Kemain gambar invitation kitorang! Haha. Invitation pun hantar through Whatsapp je. Tu pun hantar kat group kawan2 rapat je. Sebab jemputan tak ramai pun. 100 orang jeee. Hehe. Masak sendiri sebab ibu kata jimat dari katering. Mula2 nak masak nasi putih dengan lauk2 macam style kelantan. Lepas tu dah tukar pulak buat Nasi Kerabu je atas cadangan Waie. Lagii senang sebab ulam2 dengan ayam percik. Pastu ada la tambah daging goreng, solok lada dan sebagainya. HAHAHAHA! Ingat nak lagi senangkan kerja, tapi rupanya rumit jugak lah. Hehe. Takpe2. Asalkan tetamu puas hati tu yang penting :)



Pelamin hasil tangan kawan baik Taz sendiri, Nasoha. Dia memang wedding planner pun! Hehe. Memang banyak sangat2 dia tolong masa Taz bertunang. Buat pelamin, hantaran, make-up, layan tetamu makan, baju Taz semua dia yang prepare. Jahit lace dengan manik,, cari veil and hantar orang buatkan. He is the one who make sure that everything went well. Thanks Nas! 


Nasoha! 


Yang ni pulak Elli. Hehe. Dia lah yang jadi pengiring masa proses penyarungan cincin berlaku. Kekeke. Dia jugak yang tolong decorate dessert table. Busy sampai tak sempat makan jugak Elli ni. Ke sana ke sini layan orang. Thanks Elli!!!




Decorations on my dessert table :)





Masa ni lah paling nervous sekali! Sebab Taz tak suka jadi the center of attention. Kalau presentation ke apa ke, bila semua orang tengok kita, kita rasa segan sangat2! Haha. Cuak sangat. Nasib baik time kahwin nanti tak macam ni dah sebab ada orang kat sebelah. Hehe.







Antara kawan2 yang datang :)


Ibu Taz & Mama Waie :)


The girls in my family :)


With both parents :)


Bakal Mama & Papa. Padahal sekarang pun dah panggil Mama Papa. Ehehe


Encik Jaafar tersayang :)


Family Waie :)


Ameera! 


Cousins! Yang baju biru tu adik. Nak jugak masuk gambar kan dah kena letak additional captions. 


Haa ni baru cousins only. Hihi


My brother's little family. Tahun depan Ameera dapat adik. Yeay! :)


Haippp kemain gambar dekat2! Haha


The cake that we surprised him with. Taz sebenarnya last minute jugak la baru fikir pasal kek untuk Waie. Sibuk pasal tunang sampai lupa nak prepare untuk surprisekan dia. Nasib baik ada Sara boleh tolong belikan cupcakes ni. Bila ramai dah balik and tinggal kawan2 tengah lepak kat meja makan, kitorang ambik cupcake kat dalam kereta and nyanyi lagu birthday for him ramai2! Yeayy! Malam tu tak wish pun birthday dia sebab lupa! Huhu. Takpe la. I hope he liked the surprise :)


Alhamdulillah semuanya dah selesai. Tinggal for the big day je sekarang. Dah la tak sampai 100 hari lagi. Cuak lah! Banyak tak prepare lagi. Nasib baik ada Nasoha. Hehe. Doakan yang terbaik untuk kami. Bye! :)



Tuesday, September 23, 2014

Tiba - tiba

Tiba- tiba rasa nak update blog. Setiap kali terlintas dalam kepala nak jenguk blog, rasa rindu sangat nak blogging :( Tapi jenguk blog je la. Tak update apa-apa pun. Haha. Btw, harini saya demam. Haritu balik dari Janda Baik lepas Hari Merdeka, demam. Ni sebulan pun tak lagi, dah demam lagi. Dugaan betul. Btw, life has been changed so much. I can't keep up with everything. It is just too fast y'know. Some of it makes me happy and some don't. Yeah. Family, love life, friendship and all. All the important elements in life. Dah besar dah aku ni. Tahun depan nak kahwin dah (InsyaAllah kalau jodoh, Amin....) I hope everything will go as I planned. Whatever that turned upside down before will finally find it's way to fix itself. I cannot do anything at the moment. Just hope. And pray. Till then. Bye


*belanja selfie terbaru satu kali takut-takut orang dah lupa muka tuan blog bersawang ni macam mana haha